Kata Aluan Pengetua

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah setinggi-tingginya kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya laman web sekolah dapat dibina pada tahun 2019 sebagai wadah santapan untuk warga SMK Sultan Yahya Petra 1. Bersyukur saya kehadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya yang memberi peluang kepada saya menyampaikan kata alu-aluan dalam Portal SMK Sultan Yahya Petra 1, 18000 Kuala Krai Kelantan.

Pembinaan portal sekolah sememangnya sejajar dengan visi dan misi sekolah untuk mengangkat martabat sekolah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang memiliki budaya saintifik, teknologi dan celik ICT dalam kehidupan mereka. Saya amat yakin dan percaya bahawa melalui pembinaan portal ini, minat dan sikap yang positif terhadap ICT pelajar dan staf akan dapat disuburkan, di samping mengembangkan kemahiran dan pemikiran saintifik, serta berdaya fikir secara kritis dan kreatif.

Melalui program ini juga, pelajar dan staf sekolah berpeluang untuk berkarya dan mengiklankan pelbagai program/aktiviti sekolah serta pencapaian untuk dikongsi oleh masyarakat. Dengan cara ini, pelajar dan staf akan dapat mengaplikasikan kemahiran ICT yang mereka pelajari secara bijaksana melalui kegiatan-kegiatan yang sihat untuk kesejahteraan kehidupan diri, sekolah dan komuniti.

Selain daripada itu, pembinaan dan pengemaskiniaan portal sekolah juga dapat menyemai sikap dan nilai-nilai murni sebagai seorang pelajar seperti; berani, sabar, rasa ingin tahu, rasional, menilai idea dan maklumat, membuat keputusan, sikap keterbukaan, kejujuran intelektual dan disiplin yang tinggi.

Saya berharap agar portal sekolah ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar dalam mencungkil bakat dan potensi diri ke arah mencapai kecemerlangan dari segi minda, jasmani, rohani, dan emosi. Kepada semua guru, bimbingan dan asuhan yang tuan/puan berikan kepada pelajar-pelajar adalah teras kepada kejayaan kita semua yang berada dalam satu sistem pendidikan yang berkualiti.Semoga sekolah kita akan menjadi yang terbaik antara yang terbaik

Sekian, terima kasih.

Md.Rashid Mustafa, A.M.N

Pengetua SMK Sultan Yahya Petra 1

004315
Hari iniHari ini22
SemalamSemalam24
Minggu iniMinggu ini92
Bulan iniBulan ini506
TotalTotal4315
Pelawat di talian 39
 

SMK SULTAN YAHYA PETRA 1
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim

Emel Rasmi: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tel: 09-9666077
Faks: 09-9667853