PUSAT SUMBER SMKSYP1

VISI

Menjadikan sumber maklumat dalam membentangkan ilmu pengetahuan dan teknologi dengan berorientasikan kepuasan pelanggan

MISI

Menyediakan Iklim persekitaran yang kondusif dan perkhidmatan informasi yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pusat sumber SMK Sultan Yahya Petra 1 beriltizam akan bertugas dengan penuh dedikasi untuk:

  • Menyediakan dan memperbanyak bahan-bahan sumber sebahgai pemangkin proses P&P
  • Mewujudkan tempat dan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta dilengkapi dengan teknologi terkini
  • Menawarkan peluang yang maksima kepada warga sekolah bagi menikmati pembelajaran “akses kendiri” secara terkawal
  • Mewujudkan pusat sumber sekolah yang mesra pelanggan dan sentiasa bersedia berkhidmat memberi perkhidmatan terbaik
  • Sentiasa bersedia untuk memanfaatkan kemudahan ict dan aplikasi teknologi pendidikan terkini dalam system pss

OBJEKTIF PSS

Antara objektif utama ialah :

  • Membentuk sebuah pss yang mampu menjadi pemacu kepada kecemerlangan pendidikan dalam konteks cabaran mendatang.
  • Meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah pelajar
  • Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional
  • Pemupukan tabiat belajar berorientasikan input dan bahan pendidikan terkini
  • Membangunkan budaya belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis
  • Penghasilan bahan-bahan variasi sumber
  • Membantu pelajar dan guru menghasilkan, menilai dan menggunakan pelbagai peralatan dan bahan pengajaran / pembelajaran
  • Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajar
  • Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran
  • Menjadikan pengendalian pss lebih mantap,terancang dan berkesan
  • Meningkatkan peranan dan fungsi pss sebagai nadi aktiviti akademik
 
004314
Hari iniHari ini21
SemalamSemalam24
Minggu iniMinggu ini91
Bulan iniBulan ini505
TotalTotal4314
Pelawat di talian 1
 

SMK SULTAN YAHYA PETRA 1
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim

Emel Rasmi: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tel: 09-9666077
Faks: 09-9667853