SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 

Pengenalan


Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975.  SPBT merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.  Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet.  Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada borang SPBT 1.


Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan  pinjaman buku teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira  taraf kewangan keluarga. Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan setiap buku diproses dan  diagihkan kepada semua murid di SMKSYP1


Objektif

  1. Murid- murid yang layak mendapat bekalan buku yang mencukupi.
  2. Pengurusan dan pengagihan buku- buku teks dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik.
  3. Murid - murid dapat menggunakan buku-buku tersebut secara berkesan di dalam kelas dan sebagai rujukan ketika di rumah.

Visi


Menjadikan pengurusan SPBT bersistematik, bermanfaat dan terkini.


Misi


Mewujudkan Sistem Pengurusan SPBT yang sistematik dan melahirkan murid yang jujur, bertanggungjawab dan cintakan ilmu pengetahuan.


Piagam Pelanggan


Bahawasanya kami, Jawatankuasa SPBT Sekolah menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 akan menjalankan amanah dengan baik dalam;

  1. Pemberian buku teks yang adil dan lengkap kepada semua murid.
  2. Menguruskan proses pengagihan dan pemulangan buku teks dengan cekap.
  3. Memastikan buku teks yang diterima murid berada dalam keadaan yang baik.
  4. Menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan buku teks dengan segera.


Motto SPBT SMKSYP 1


Buku Disayang Ilmu Disanjung


Bahawasanya kami, Jawatankuasa SPBT Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 akan menjalankan amanah dengan baik dalam pemberian buku teks yang adil dan lengkap kepada semua murid.

  1. Menguruskan proses pengagihan dan pemulangan buku teks dengan cekap.
  2. Memastikan buku teks yang diterima murid berada dalam keadaan yang baik.
  3. Menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan buku teks dengan segera.
004314
Hari iniHari ini21
SemalamSemalam24
Minggu iniMinggu ini91
Bulan iniBulan ini505
TotalTotal4314
Pelawat di talian 12
 

SMK SULTAN YAHYA PETRA 1
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim

Emel Rasmi: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tel: 09-9666077
Faks: 09-9667853